Friday, 27 April 2012

Rebiu Nakal , Langit Vanilla dan Bla Bla Bla


Ok in pertama kalinya aku meng’rebiu’ 3 sekali buku dalam satu rebiu sebab sibuk dengan urusan seharian yang amat padat (cewah!) antara buku yang akan aku rebiu adalah Bla Bla Bla hasil tulisan  Mohd Jayzuan terbitan pertama Rabak Lite, Nakal dari Aloy Paradoks terbitan Sang Freud press dan langit vanilla dari Wani ardy yang guna terbitan sang freud press.

Tujuan aku mengabungkan dua buku ini bukan sahaja untuk menyenangkan aku, tetapi buku-buku ini adalah himpunan hasil tulisan-tulisan pendek dan sajak-sajak karya penulis itu sendiri, bukan novel atau novella dan aku rasa rebiunya agak pendek untuk di tulis untuk satu buku sahaja so aku tuliskan sekali.

Kita mulakan dengan mamat perasan ensem ni, Aloy paradoks, tulisan-tulisannya amat nakal, sesuailah dengan tajuk bukunya yang bertajuk Nakal. Humorik lebih sangat mamat ni, hampir semua ceritanya berunsur lawak-lawak nakal yang mengelikan hati aku yg fragile ini. Taniah untuk beliau aku tak nampak sikit pon kesalahan typo, so kalo rasa nak baca bende yang santai, aku rasa bukunya patut menjadi pilihan semua.



Kita bercerita pula tentang sajak2 Wani Ardy. Aku bukanya penggemar sajak walaupun aku menulis pelbagai sajak, dengan itu aku tak dapat nak baca ape yang penulis nak sampaikan. Tetapi setelah aku mendengar beliau menyanyi lagu2 puisinya itu tempoh hari di pelancaran Rabak lit di ipoh kemarin baru aku rasa feel nak baca balik sajak dalam buku ni. Sesuai dengan nama langit vanilla, aku terasakan keindahan sajak2 beliau yang menawan kalbu pria dan perawan yang baru mengecapi nikmat cinta. Tiada typo, so aku rasa dai segi teknikal buku ini yang paling bejaya sebab aku tak dapat detect typo to.. tatau la kalo aku terlepas pandang.

Dan terakhir sekali tulisan mamat simpang pulai yang suka ayam goreng opah tuh sesangat. Tulisan santai dia persis seperti tulisan beliau di travelog rabak.  Pelbagai variasi penulisan beliau ada disini membuatkan aku untuk mengistiharkan bahawa, mamat ni adalah penulis indie yang versatile. Encik mohd jayzuan cuba membuat kelainan dari penulisan beliau pada firasat aku la, so sesapa yang sgt nak menjadi penulisan mereka ke arah jayzuanism, korang kena la belajar pelbagai jenis penulisan la ye. Kalo tak korang tak kemana i tell you (tunjuk pandai pulak mamat ni... buku sendiri pon tak kuar ada hati nak kritik).