Sunday, 25 March 2012

Sang Bohemian



Ini pertama kali aku membaca tulisan hasil karya Mursyidan Ismail, dan pertama kali aku review tulisannnya ini melalui novelnya bertajuk Sang Bohemian. Aku dapat membaca tulisannya ini hanya dalam masa 2 hari, secara asasnya, cerita agak menarik, bahasa yang digunakan mudah di fahami tetapi Proofreader yang aku rasa banyak perlu diperbaiki.

Sebelum aku review novel ini lebih lanjut aku nak buat sedikit ringkasan cerita, amaran kepada belum membaca, SPOILER ALERT, jika tanak spoiler cerita ini, boleh langkau perenggan ini. Cerita berkisah tentang tirani, pelajar UITM  puncak Alam, duduk serumah dengan resap, deki dan deru dan menjalani hidup seperti pelajar universiti biasa. Resap adalah kaki perempuan , deki seorang fanatik agama dan deru mempunyai deria politik yg hebat. Bersama mereka seorang gadis yang rapat dengan mereka,Suci yang mempunyai satu hubungan misteri dengan resap. Tirani seorang bohemian, yang ingin hidup bebas dari undang2 buatan manusia, mahu hidup dengan berdiri di kaki sendiri tanpa mahu mengharap bantuan orang lain. Permulaan kehidupan mereka sgt baik dan kemudian menjadi kucar kacir selepas kematian resap, kematian mengejutnya memberi impak besar kepada perhubungan suci dan tirani. Itu dah cukup lain baca sendiri...

Aku suka nak ceritakan, novel ini pada permulaan bab, cerita nya agak berat, penggunaan bahasa nye mungkin memberatkan cerita itu pada permulaan, tetapi bila cerita berkisarkan kisah watak utama pada beberapa tahun sudah, aku rasa cite tuh jadi ringan. Pada pendapat aku, cerita ii sememang 100% pasal flashback tuh, aku rasa watak utama adalah seorang yang loser, bukan bohemian, nama tajuk kene tukar, LOL. Tapi still plot cerita yang kuat dan aku rasa tak bohsan membacanya.

Proofreading agak fail, aku rasa penulis tak sempat nak buat proofreading. Kesalahan yang banyak aku nampak ialah perkataan demam menjadi deman. Itu paling ketara aku nampak. Pengunaan –am jadi –an. Serius banyak. Ada juga tersalah nama watak, di mana watak itu sepatutnya diletak nama deru tetapi dibubuh nama Resap, yang sepatutnya tiada dalam cerita ketika itu.

Apa pon buku ini seronok dibaca, aku fikir ini bukan cerita fiction tentang kehidupan, tetapi fiction cinta tragik. Baca sendiri baru faham. Dan sebelum aku nak kasi markah kat buku ni aku suka satu ayat dalam ini yang sgt simbolik, ayat dari Tirani sendiri :-

Manusia yang hidup zaman pascamodenn adalah manusia yang berlabel, dengan label kita akan lebih terampil macam t-shirt berjenama.

Aku nak kasi novel ini 7 daripada 10 markah
Wajib di baca!

Friday, 9 March 2012

Bunohan.....

Aku terkesima menonton cerita ini, bukan sebab pelakon, jalan cita menarik. Tapi dari sudut pandangan penonton filem tegar, bukan sosial. Filem ini mungkin tak dapat diterima oleh penonton biasa. hanya yang tru dalam bidang  filem mampu memahami konten filem.

Aku tak perlu bercerita jalan cite dia kat sini, korang kene tengok sendiri dan fokus bebetui jalan citenya. Aku bercakap kepada penonton yang tadi bersama-sama aku menonton filem supaya cuba bawa minda anda semua menilai filem sebegini. Filem gini bukan genre yang sama dan biasa ditayangkan di industri filem malaysia. Ini la filem yang kita tunggu selama ini. Filem memerlukan audien berfikir, meneliti dan membuat spekulasi tentang ape berlaku dalam filem.

Aku kecewa,
Bukan pada filem tapi pada audien yang ada segilintir dari mereka mengatakan filem ini buhsan, kita masih budak2 menjadi audien sesebuah filem itu. Tapi takpa itu hak mereka menilai filem. Aku rasa bukan nak tgk wayang pon, tapi buat wayang sendiri di seat kapel.
Berbalik pada filem,

Aku bukan expert dalam ini, so aku takyah komen pasal teknikal, Cuma aku sarankan perlu banyak filem sebegini di malaysia. Kita perlu mengajar audien supaya buang mindset, tgk wayang nak tgk cerita lawak , seram dan cinta. Lawak cepat basi. Seram semakin melalut dan akan membawa ke syirik. Cinta.... dah banyak filem cinta.. perlu ke? Mengajar  remaja kita in bercinta ja manjang.

Aku dah kelaut banyak dah... aku tatau bende ni review atau tak.. tapi ini la perasaan ku tentang filem ini.


aku bagi 9 daripada 10


mesti tengok.... kene tengok...