Ini pertama kali aku membaca tulisan hasil karya Mursyidan Ismail, dan pertama kali aku review tulisannnya ini melalui novelnya bertajuk Sang Bohemian. Aku dapat membaca tulisannya ini hanya dalam masa 2 hari, secara asasnya, cerita agak menarik, bahasa yang digunakan mudah di fahami tetapi Proofreader yang aku rasa banyak perlu diperbaiki.
Sebelum aku review novel ini lebih lanjut aku nak buat sedikit ringkasan cerita, amaran kepada belum membaca, SPOILER ALERT, jika tanak spoiler cerita ini, boleh langkau perenggan ini. Cerita berkisah tentang tirani, pelajar UITM puncak Alam, duduk serumah dengan resap, deki dan deru dan menjalani hidup seperti pelajar universiti biasa. Resap adalah kaki perempuan , deki seorang fanatik agama dan deru mempunyai deria politik yg hebat. Bersama mereka seorang gadis yang rapat dengan mereka,Suci yang mempunyai satu hubungan misteri dengan resap. Tirani seorang bohemian, yang ingin hidup bebas dari undang2 buatan manusia, mahu hidup dengan berdiri di kaki sendiri tanpa mahu mengharap bantuan orang lain. Permulaan kehidupan mereka sgt baik dan kemudian menjadi kucar kacir selepas kematian resap, kematian mengejutnya memberi impak besar kepada perhubungan suci dan tirani. Itu dah cukup lain baca sendiri...
Aku suka nak ceritakan, novel ini pada permulaan bab, cerita nya agak berat, penggunaan bahasa nye mungkin memberatkan cerita itu pada permulaan, tetapi bila cerita berkisarkan kisah watak utama pada beberapa tahun sudah, aku rasa cite tuh jadi ringan. Pada pendapat aku, cerita ii sememang 100% pasal flashback tuh, aku rasa watak utama adalah seorang yang loser, bukan bohemian, nama tajuk kene tukar, LOL. Tapi still plot cerita yang kuat dan aku rasa tak bohsan membacanya.
Proofreading agak fail, aku rasa penulis tak sempat nak buat proofreading. Kesalahan yang banyak aku nampak ialah perkataan demam menjadi deman. Itu paling ketara aku nampak. Pengunaan –am jadi –an. Serius banyak. Ada juga tersalah nama watak, di mana watak itu sepatutnya diletak nama deru tetapi dibubuh nama Resap, yang sepatutnya tiada dalam cerita ketika itu.
Apa pon buku ini seronok dibaca, aku fikir ini bukan cerita fiction tentang kehidupan, tetapi fiction cinta tragik. Baca sendiri baru faham. Dan sebelum aku nak kasi markah kat buku ni aku suka satu ayat dalam ini yang sgt simbolik, ayat dari Tirani sendiri :-
Manusia yang hidup zaman pascamodenn adalah manusia yang berlabel, dengan label kita akan lebih terampil macam t-shirt berjenama.
Aku nak kasi novel ini 7 daripada 10 markah
Wajib di baca!

tgh baca novel ni
ReplyDelete